assalamualaikum !thanks for viewing my blog . hope you will like it ^_^

Sunday, July 31, 2011

أهلا وسهلا يا رمضان

ASSALAMUALAIKUM !
pejam celik pejam celik , eh , esok puase la !
kurang daripada 24 jam je kita akan menyambut bulan ramadhan al mubarak yang ditunggu - tunggu ni kan ?
cuma tinggal tunggu pengumuman daripada orang yg bertanggungjawab sahaja .. 
siapa dia ?? 
bak kata ustazah aku , dia hanya keluar 4 kali je dalam setahun .. hehe .. 
ini dia 
amacam ? kenal x ? ;P
_____________________________________

aku : apa rancangan korang untuk puasa tahun nie ??
mesti jawapan korang macam ni kan ?
korang : puasa je la macam biase .. macam tahun2 yg lepas .. bangun pagi sahur , lepas tu pergi sekolah then petang pergi bazar ramadhan and malam bukak puasa ..
 ________________________________________
hai , xkan lah macam tu je plan korang ??? !!
ish3... syaitan dah kene ikat pun korang nak buat perkara yang sama jugak
kesian "dia" kene masuk penjara 

salah tu ..
 sebaliknya kita kene lah berazam untuk menambahkan amal ibadah kita dengan lebih banyak lagi bulan puasa nie berbanding tahun2 sebelumnya.. 
bukan setakat nak kuruskan badan sahaja !!
_________________________
jadi malam nie meyh pakat ramai2 tgk anak bulan ( macam lah nampak :P)
wah , kembar dua orang ni boleh nampak anak bulan la .. :]
dasyat betul mata mereka :P
_________________________________


Saturday, July 30, 2011

TRIAL PMR , AM I READY ??

ASSALAMULAIKUM !
lama aku menyepikan diri kan ? 
bile aku buka je blog dengan facebook aku tadi macam - macam jadi =..= 
- tak perlulah aku nyatakan kat sini -
___________________________
ok .. aku senyap selame ni ade beberape sebab :
1. broadband xbayar ( abah baru perasan tadi ) =,=
2. aku nak fokuskan for trial pmr nanti ..( aku bukannye pandai sangat pon sampai tak payah nak study )
____________________________
bercakap pasal percubaan pmr yang akan diadakan pada 18.8.2011 ( kalau xsilap la )
dah bersedia ke aku ??
ramai kawan - kawan aku tanya mcm tu .. 
tapi sejujurnye lah aku jawab , kalau nak ikutkan sedia tu memang la aku tak sedia langsung !
tapi nak buat macam mane ? realiti perlu dilalui ! 
aku tak nak lah digelar pengecut hanya kerana aku tak sanggup nak lalui PMR ni ..
Jadi untuk mengelakkan diri aku daripada nervous nak tunggu detik PMR ni hadir , aku perlu berfikir positif  
macam ni 
_______
aku : relax haifa , pmr ni hanya peperiksaan untuk menguji kau tu faham ke tak ilmu yang kau belajar selama 3 tahun ni ... :]
________

Sunday, July 17, 2011

sentuhan kasih ---------> eagle ranch resort , port dickson =)

Assalamualaikum !
last week iaitu 8 - 10 . Julai . 2011
aku pergi seminar yang dinamakan SENTUHAN KASIH PMR & SPM ..
program ni dianjurkan oleh sekolah aku sendiri dengan Jabatan Pelajaran Selangor 
aku nak share dengan kalian semua perkara dan kenangan sepanjang seminar ini diadakan =)
__________________________

8/7/2011--10.30 pagi -----> bertolak dari smkbbsb ( aku naik bas dengan lelaki or lebih tepat lagi "bas lelaki " sebab bas perempuan dah PENUH -,-)
3.00 petang -----> tiba di eagle ranch , port dickson ..
----> diberi taklimat oleh fasilitator dan agihan bilik tidur@ dorm =) [dorm kat sini cantik + terbaek ]
5.30 petang ----> sesi suai kenal @ ice breaking 
7.00 mlm ---> makan malam ( sumpah perut aku lapar sangat time nie , al maklumlah sehari tak makan ! )
hoho - dewan makan =)
8.30 mlm ----> sesi bahagikan kumpulan & aktiviti mencabar minda dan kesabaran 
[ aku kumpulan 2 yang diberi nama LAUT ]
____________________________
9/7/2011 -----> pagi ni hujan .. aktiviti pun banyak tergendala dan terpaksa ditukar dengan aktiviti di dalam dewan je ;(
setiap kumpulan diberi tugasan dan kene bentangkan hasil perbincangan kami .. time nie memang kecoh sebab kitorang masing2 berdebat =] (especially jaafar & afifah )
soalan yg diberi ialah : 1 . macam mane kerajaan cina nak ambil balik pasu yang dicuri oleh pemaisuri rusia tanpa melukakan hati pemaisuri rusia tu ..
: 2. senaraikan 7 wonders in the world yg anda suka 
: 3. kapal terbang nk terhempas dkt laut luas , payung terjun tinggal satu dan penumpang ade 2 org -technician & awak .. tehnician ckp dua2 boleh hidup .. mcm mane ??
ha.... kalau rajin korang pikir laaa .. XD
-----> petang , kitorang diberi tugasan .. kenal senior & junior dalam masa 2 jam ( acc xsampai pon 2 jam )
haa.. mule la semua kelam kabut tanye mcm nak tackle org dah =) samapi kat dewan makan , mane2 je lah mesti tanye name .. hahaha =)
____
 lelaki dapat mandi kolam , tapi perempuan xdapat sebab syaratnya kene pakai pakaian renang .. wth ??? 

------> malam , buat persembahan lakonan ( semua peserta kene buat macam mne cara nak pujuk parents korang nak pergi seminar dgn watak yang berlainan - aku kene buat watak gedik [kalau xjadi jgn mara sbb aku mmg xpandai buat gedik !] ..tapi memang lawak time )
_____ 
bb time !
semua makan dengan penuh seleranya .. macam2 ade .. ayam panggang , daging panggang , seafood .. arrgghh mcm2 larh ..
habis makan , kitorang buat game yang diberi nama "ELLA VS SUPERMAN VS HARIMAU " 
perempuan form 3 lwn perempuan form5 = form3 menang !
lelaki form 5 lwn lelaki form3 = form 3 menang !
time nie memang best sbb penyokong ramai supporting sangat .. lelaki form 5 sokong perempuan form 3 & sebaliknya .. -,-
game kedua ~ BOMB ! 
setiap kumpulan pilih negara masing2 lepas tu bomb negara lain dgn ayat magik yg diajar =)
the best game ever 
______________
10/7/2011 -----> pagi : makan , game bersama sir ijan .. lawak la time nie .. semua kene buat gaya masing2 untuk lepas cabaran nie =)
---> acara penutup , makan , bersurai 
___________

* mesti korang rasa mcm xbest kan ? yela dah korang xrase pengalamannya memang la korang cakap xbest ! try it fist ok !
* sebenarnya pengalaman nie xboleh digambarkan dan terucap oleh kata2 .. 
* sepanjang seminar ini saya nak mintak maaf kalau ade salah dan silap :)

thanks everyone yang pergi seminar ni .. korang dah bagi pengalaman yg terbaek dalam hidup aku =)


Wednesday, July 13, 2011

KENE SUNTIK !!! OH NO !!

Assalamualaikum !
hey stalker =) 
semalam , time pj , sir shariman datang dengan bangganya kat kelas aku ..
then , dia cakap macam ni kat cikgu missara :

sir : sorry , nak suruh budak-budak ni pegi dewan for injection ..
ckgu missara : ok .. sekarang ???
sir : yup .. sekarang 

dan cikgu missara dengan gembiranya berkata :

" baiklah murid - muird .. jangan panik .. relax je ..sila pergi ke dewan sekarang for rubela injection .."

kami ..

"injection cikgu ???!!! tidak !!!"

sampai di dewan .. kami semua kene beratur dan duduk dalam barisan kelas masing-masing..

aku tunggu dengan hati yang agak berdebar la jugak .. ( tapi xsangat sebab aku xheran dengan injection )
yang aku takutnya NURSE tu .. jangan dapat yang garang sudah .. :)

sampai turn aku , second last .. aku duduk dengan relax .. hehe ..
time jarum masuk aku xrase ape - ape pun , tapi bile time ubat yang masuk , aisshhhhh !!!! .. terasa beb ! ..
aku hanya mampu menahan kesakitan saje .. naseb aku baik .. dapat nurse yang lemah lembut ..
kalau x .. dah lame aku histeria kat situ sebab takut dekat nurse yg garang ..


mak aih ! takutnye ~ grr!
ni macam nak membunuh orang je ?? =)


* disebabkan injection tu , aku dapat demam lagi !!
arggghh !!

Tuesday, July 5, 2011

Shooopping time ! :)

Assalamualaikum !
Nak cite nie , hehe ..
Ahad lepas aku shopping dengan family aku dekat Giant Shah Alam ..
Acc xde la shopping banyak sangat .. beli barang - barang dapur je .. 
tapi kalau dah lame sangat berjalan , sape yang tak penat ??? kalau dah penat mestilah bosan kan ??
haiyo .. same larh macam aku .. 
so , nak hilangkan bosan aku , aku dengan adik aku buat kerja yang agak kurang sesuai di kawasan macam tu .. hehe ..
kitorang menggila dengan kamera ..:] kesian kamera jadi mangsa keadaan .. hehe ..
tapi tak ade la banyak mane pun gambar2 kami .. 
so , take a look :]
 Sakai :)
 gee ~
 peace no war :]
 put your hands up !
yeah ! adikku comel :)

Saturday, July 2, 2011

susahnya nak khusyuk !

Assalamualaikum ! 
nak tanye , kalian semua pernah tak dapat solat yang khusyuk ??
kalau pernah , aku nak cakap " beruntungnye korg " 
seumur hidup aku selama 15 tahun nie , aku rasa tak pernah sekali pon aku dapat solat yang betul - betul khusyuk .. bukan aku tak pernah cuba , tapi sememangnya susah kan nak dapat solat khusyuk ni ..
time nak khusyuk je ade la MAKHLUK ketiga yang cube nak robohkan rancangan murni aku nie .. 
tak tahu sape makhluk yang aku maksudkan ni ??
SYAITAN LAKNATTULLAH la !
sape la yang paling sibuk dengan urusan kita setiap hari kalau tak mereka - mereka ni .. 
tapi kalau kita setiap hari berusaha , insyaallah kita akan dapat jugak solat yang diidam - idamkan oleh semua hamba Allah SWT ni .. betul tak ?? 
so , jom kita lawan syaitan - syaitan ni untuk dapat kan solat yang khusyuk !

Friday, July 1, 2011

IMAM MUDA MUSIM KEDUA

tahniah imam muda Hassan kerana berjaya memenangi Imam Muda musim kedua .. walau ape pun xlupe jugak kpd Imam muda Nazrul dan imam - imam muda yg lain ..

FINALIS IMAM MUDA 2


Ini dia Imam Muda terunggul kita :]

peserta imam muda musim kedua

* teringin jugak nak cari bakal suami imam ... [

malang tak berbau

patut larh orang tue - tue cakap "malang tak berbau "
memang betol ..
hari ini aku dapat malang tuh ..
balik sekolah semalam aku terus demam .. 
dan sekarang 
bahu aku pulak injured .. bengkaknye memang terasa .. 
aku sendiri hairan macam mane aku boleh injured ..
tapi hanya ALLAH SWT je yang tahu betapa sakitnya bahu aku sampai xboleh sentuh pun ..
aku harap tak ade sebarang masalah yang teruk terjadi pada bahu aku ni ..
insyaallah aku akan sembuh macam biasa ..


Ya Allah , sembuhkanlah kesakitan yang aku alami ini .. 
amin ..