assalamualaikum !thanks for viewing my blog . hope you will like it ^_^

Sunday, October 30, 2011

Kawan atau lawan ?? ;)


Sekarang baru aku sedar siapa kawan dan siapa lawan aku .. Mungkin selama ni aku leka tanpa menyedari ada kawan yang sanggup tikam dari belakang dan jadi duri dalam daging untuk menghancurkan aku *cewwah ayat ;)
Thanx "kawan" sebab buat aku macam ni .. and thanx "lawan" sebab sanggup tolong aku and take care pasal aku .. aku harap persahabatan kita akan jadi lebih baik nanti .. AMIN ..

#orang yg aku panggil "kawan" adalah kawan yang tak tahu erti kawan yang sebenar..
#orang yg aku panggil "lawan" adalah orang yang sangat menghargai erti persahabatan ;)

Saturday, October 29, 2011


# aku geram dengan Facebook aku ! Kenapa time aku bukak je jadi macam ni ?? =,=

Dah lama dah ..

apa kes aku tulis tajuk macam tu ?? 
sebab aku dah lama tak jenguk blog ni .. dah berhabuk dah pun masa aku bukak blog ni *hehe..
Pmr dah habis , cuma tunggu result keluar je .. Aisshh . kecut perut jugak tunggu lama - lama .. TAK SABAR WEYH ! takut jugak tak dapat macam yang aku harapkan :( 
Sambil tunggu result ni , aku "berkampung" jela dekat Koperasi sekolah aku .. sape yang jumpa aku tak payah la bosan tengok muka aku hari - hari kat situ :P 

*aku dah ada twitter baru .. rajin - rajin lah follow ye ! ;)

Saturday, August 27, 2011

DAH NAK RAYE DAH !


ASSALAMUALAIKUM !

Pejam celik , pejam celik dah nak raye dah .. 
lagi 3 hari je kan ? ( xsampai pon 3 hari sebenarnya ! )
ramai jiran - jiran ku dah bertolak balik kampung mereka .. 
"eh , aku bila pula nak balik ??"
dok sibok orang lain pulak !
aku balik lambat sikit , isnin nanti .. 
jauh tau kampung aku ..
kat klate ! hehe ..
___________________________

tapi dok sibok pasal raye ni , sedih pulak , ramadhan nak habis daaaa .. :(
xtau la tahun depan dapat sambut ramadhan lagi macam tahun ni ..
kot2 la xsampai ajal .. 
nauzubillah !
___________________________
disebabkan isnin nanti aku nak balik kampung , 
mungkin ni entry aku yang last !
al - maklumlah , sibuk nak kemas barang @ aku memang malas sangat nak update new entry !
aku nak ambik kesempatan ni , nak ucapkan 

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI !
MAAF ZAHIR & BATIN !

* kalau balik kg tu , pesan kat pemandu supaya bawak kereta elok2 .. jgn nak cepat je !
orang lain pon nak beraye jugak kan ?? 
PANDU CERMAT JIWA SELAMAT !
(dah macam iklan la pulak ^_^)

notaotakku : sambil kutip duit raye , kene jugak kutip derma JOGATHON !! alahai ^_^

Tuesday, August 16, 2011

ASSALAMUALAIKUM !

aku tak tau nak tulis cerita yg gempak2 dalam blog ni ..
cuma aku nak wish kat semua Calon - calon  PMR seluruh Selangor ni 
( terutamanya 3 Arif [kelas aku la tuh ])

-----> Goodluck for you trial examination !
----> buat yg terbaik dari otak dan fikiran masing2 ..
------> Sahut nasihat dan cabaran daripada guru - guru yang dah ajar kita !

DAN !!

----> FOR MUSLIMS ! JANGAN lupe solat , berdoa dan bertawakal kepada ALLAH SWT .. 

kita hanya merancang tapi Allah SWT yang menentukan nasib kita .. ;)

Notaotakku : "berpuase" from blog , fb dll selama 1 minggu .. ^_^


Thursday, August 11, 2011

trial is crawling to you .. 
doesn't stop even a second ..
then what should you do ?
......
of course la revision and revision and REVISION !! =..= 
Say No to Facebook , Twitter , Blogs and what else ?? Oh yes .. your Handphone !

*notaotakku : In A Relationship with Books .. don't disturb me if you doesn't want my free kick ! :]


                                                      

Sunday, July 31, 2011

أهلا وسهلا يا رمضان

ASSALAMUALAIKUM !
pejam celik pejam celik , eh , esok puase la !
kurang daripada 24 jam je kita akan menyambut bulan ramadhan al mubarak yang ditunggu - tunggu ni kan ?
cuma tinggal tunggu pengumuman daripada orang yg bertanggungjawab sahaja .. 
siapa dia ?? 
bak kata ustazah aku , dia hanya keluar 4 kali je dalam setahun .. hehe .. 
ini dia 
amacam ? kenal x ? ;P
_____________________________________

aku : apa rancangan korang untuk puasa tahun nie ??
mesti jawapan korang macam ni kan ?
korang : puasa je la macam biase .. macam tahun2 yg lepas .. bangun pagi sahur , lepas tu pergi sekolah then petang pergi bazar ramadhan and malam bukak puasa ..
 ________________________________________
hai , xkan lah macam tu je plan korang ??? !!
ish3... syaitan dah kene ikat pun korang nak buat perkara yang sama jugak
kesian "dia" kene masuk penjara 

salah tu ..
 sebaliknya kita kene lah berazam untuk menambahkan amal ibadah kita dengan lebih banyak lagi bulan puasa nie berbanding tahun2 sebelumnya.. 
bukan setakat nak kuruskan badan sahaja !!
_________________________
jadi malam nie meyh pakat ramai2 tgk anak bulan ( macam lah nampak :P)
wah , kembar dua orang ni boleh nampak anak bulan la .. :]
dasyat betul mata mereka :P
_________________________________


Saturday, July 30, 2011

TRIAL PMR , AM I READY ??

ASSALAMULAIKUM !
lama aku menyepikan diri kan ? 
bile aku buka je blog dengan facebook aku tadi macam - macam jadi =..= 
- tak perlulah aku nyatakan kat sini -
___________________________
ok .. aku senyap selame ni ade beberape sebab :
1. broadband xbayar ( abah baru perasan tadi ) =,=
2. aku nak fokuskan for trial pmr nanti ..( aku bukannye pandai sangat pon sampai tak payah nak study )
____________________________
bercakap pasal percubaan pmr yang akan diadakan pada 18.8.2011 ( kalau xsilap la )
dah bersedia ke aku ??
ramai kawan - kawan aku tanya mcm tu .. 
tapi sejujurnye lah aku jawab , kalau nak ikutkan sedia tu memang la aku tak sedia langsung !
tapi nak buat macam mane ? realiti perlu dilalui ! 
aku tak nak lah digelar pengecut hanya kerana aku tak sanggup nak lalui PMR ni ..
Jadi untuk mengelakkan diri aku daripada nervous nak tunggu detik PMR ni hadir , aku perlu berfikir positif  
macam ni 
_______
aku : relax haifa , pmr ni hanya peperiksaan untuk menguji kau tu faham ke tak ilmu yang kau belajar selama 3 tahun ni ... :]
________

Sunday, July 17, 2011

sentuhan kasih ---------> eagle ranch resort , port dickson =)

Assalamualaikum !
last week iaitu 8 - 10 . Julai . 2011
aku pergi seminar yang dinamakan SENTUHAN KASIH PMR & SPM ..
program ni dianjurkan oleh sekolah aku sendiri dengan Jabatan Pelajaran Selangor 
aku nak share dengan kalian semua perkara dan kenangan sepanjang seminar ini diadakan =)
__________________________

8/7/2011--10.30 pagi -----> bertolak dari smkbbsb ( aku naik bas dengan lelaki or lebih tepat lagi "bas lelaki " sebab bas perempuan dah PENUH -,-)
3.00 petang -----> tiba di eagle ranch , port dickson ..
----> diberi taklimat oleh fasilitator dan agihan bilik tidur@ dorm =) [dorm kat sini cantik + terbaek ]
5.30 petang ----> sesi suai kenal @ ice breaking 
7.00 mlm ---> makan malam ( sumpah perut aku lapar sangat time nie , al maklumlah sehari tak makan ! )
hoho - dewan makan =)
8.30 mlm ----> sesi bahagikan kumpulan & aktiviti mencabar minda dan kesabaran 
[ aku kumpulan 2 yang diberi nama LAUT ]
____________________________
9/7/2011 -----> pagi ni hujan .. aktiviti pun banyak tergendala dan terpaksa ditukar dengan aktiviti di dalam dewan je ;(
setiap kumpulan diberi tugasan dan kene bentangkan hasil perbincangan kami .. time nie memang kecoh sebab kitorang masing2 berdebat =] (especially jaafar & afifah )
soalan yg diberi ialah : 1 . macam mane kerajaan cina nak ambil balik pasu yang dicuri oleh pemaisuri rusia tanpa melukakan hati pemaisuri rusia tu ..
: 2. senaraikan 7 wonders in the world yg anda suka 
: 3. kapal terbang nk terhempas dkt laut luas , payung terjun tinggal satu dan penumpang ade 2 org -technician & awak .. tehnician ckp dua2 boleh hidup .. mcm mane ??
ha.... kalau rajin korang pikir laaa .. XD
-----> petang , kitorang diberi tugasan .. kenal senior & junior dalam masa 2 jam ( acc xsampai pon 2 jam )
haa.. mule la semua kelam kabut tanye mcm nak tackle org dah =) samapi kat dewan makan , mane2 je lah mesti tanye name .. hahaha =)
____
 lelaki dapat mandi kolam , tapi perempuan xdapat sebab syaratnya kene pakai pakaian renang .. wth ??? 

------> malam , buat persembahan lakonan ( semua peserta kene buat macam mne cara nak pujuk parents korang nak pergi seminar dgn watak yang berlainan - aku kene buat watak gedik [kalau xjadi jgn mara sbb aku mmg xpandai buat gedik !] ..tapi memang lawak time )
_____ 
bb time !
semua makan dengan penuh seleranya .. macam2 ade .. ayam panggang , daging panggang , seafood .. arrgghh mcm2 larh ..
habis makan , kitorang buat game yang diberi nama "ELLA VS SUPERMAN VS HARIMAU " 
perempuan form 3 lwn perempuan form5 = form3 menang !
lelaki form 5 lwn lelaki form3 = form 3 menang !
time nie memang best sbb penyokong ramai supporting sangat .. lelaki form 5 sokong perempuan form 3 & sebaliknya .. -,-
game kedua ~ BOMB ! 
setiap kumpulan pilih negara masing2 lepas tu bomb negara lain dgn ayat magik yg diajar =)
the best game ever 
______________
10/7/2011 -----> pagi : makan , game bersama sir ijan .. lawak la time nie .. semua kene buat gaya masing2 untuk lepas cabaran nie =)
---> acara penutup , makan , bersurai 
___________

* mesti korang rasa mcm xbest kan ? yela dah korang xrase pengalamannya memang la korang cakap xbest ! try it fist ok !
* sebenarnya pengalaman nie xboleh digambarkan dan terucap oleh kata2 .. 
* sepanjang seminar ini saya nak mintak maaf kalau ade salah dan silap :)

thanks everyone yang pergi seminar ni .. korang dah bagi pengalaman yg terbaek dalam hidup aku =)


Wednesday, July 13, 2011

KENE SUNTIK !!! OH NO !!

Assalamualaikum !
hey stalker =) 
semalam , time pj , sir shariman datang dengan bangganya kat kelas aku ..
then , dia cakap macam ni kat cikgu missara :

sir : sorry , nak suruh budak-budak ni pegi dewan for injection ..
ckgu missara : ok .. sekarang ???
sir : yup .. sekarang 

dan cikgu missara dengan gembiranya berkata :

" baiklah murid - muird .. jangan panik .. relax je ..sila pergi ke dewan sekarang for rubela injection .."

kami ..

"injection cikgu ???!!! tidak !!!"

sampai di dewan .. kami semua kene beratur dan duduk dalam barisan kelas masing-masing..

aku tunggu dengan hati yang agak berdebar la jugak .. ( tapi xsangat sebab aku xheran dengan injection )
yang aku takutnya NURSE tu .. jangan dapat yang garang sudah .. :)

sampai turn aku , second last .. aku duduk dengan relax .. hehe ..
time jarum masuk aku xrase ape - ape pun , tapi bile time ubat yang masuk , aisshhhhh !!!! .. terasa beb ! ..
aku hanya mampu menahan kesakitan saje .. naseb aku baik .. dapat nurse yang lemah lembut ..
kalau x .. dah lame aku histeria kat situ sebab takut dekat nurse yg garang ..


mak aih ! takutnye ~ grr!
ni macam nak membunuh orang je ?? =)


* disebabkan injection tu , aku dapat demam lagi !!
arggghh !!

Tuesday, July 5, 2011

Shooopping time ! :)

Assalamualaikum !
Nak cite nie , hehe ..
Ahad lepas aku shopping dengan family aku dekat Giant Shah Alam ..
Acc xde la shopping banyak sangat .. beli barang - barang dapur je .. 
tapi kalau dah lame sangat berjalan , sape yang tak penat ??? kalau dah penat mestilah bosan kan ??
haiyo .. same larh macam aku .. 
so , nak hilangkan bosan aku , aku dengan adik aku buat kerja yang agak kurang sesuai di kawasan macam tu .. hehe ..
kitorang menggila dengan kamera ..:] kesian kamera jadi mangsa keadaan .. hehe ..
tapi tak ade la banyak mane pun gambar2 kami .. 
so , take a look :]
 Sakai :)
 gee ~
 peace no war :]
 put your hands up !
yeah ! adikku comel :)

Saturday, July 2, 2011

susahnya nak khusyuk !

Assalamualaikum ! 
nak tanye , kalian semua pernah tak dapat solat yang khusyuk ??
kalau pernah , aku nak cakap " beruntungnye korg " 
seumur hidup aku selama 15 tahun nie , aku rasa tak pernah sekali pon aku dapat solat yang betul - betul khusyuk .. bukan aku tak pernah cuba , tapi sememangnya susah kan nak dapat solat khusyuk ni ..
time nak khusyuk je ade la MAKHLUK ketiga yang cube nak robohkan rancangan murni aku nie .. 
tak tahu sape makhluk yang aku maksudkan ni ??
SYAITAN LAKNATTULLAH la !
sape la yang paling sibuk dengan urusan kita setiap hari kalau tak mereka - mereka ni .. 
tapi kalau kita setiap hari berusaha , insyaallah kita akan dapat jugak solat yang diidam - idamkan oleh semua hamba Allah SWT ni .. betul tak ?? 
so , jom kita lawan syaitan - syaitan ni untuk dapat kan solat yang khusyuk !

Friday, July 1, 2011

IMAM MUDA MUSIM KEDUA

tahniah imam muda Hassan kerana berjaya memenangi Imam Muda musim kedua .. walau ape pun xlupe jugak kpd Imam muda Nazrul dan imam - imam muda yg lain ..

FINALIS IMAM MUDA 2


Ini dia Imam Muda terunggul kita :]

peserta imam muda musim kedua

* teringin jugak nak cari bakal suami imam ... [